top of page

SOALAN : Saya nak kekalkan no lama, dah seminggu tak berubah pun, susahlah saya macam ni, orang nak hubungi saya pun susah, mereka bukan tahu nombor baru saya, mereka tahu nombor lama sahaja?

Tuan, cara dia macam ni, bila tuan dah hantar pendaftaran kepada DEC, dan bila dah dapat reply, keluarkan simkad lama tuan, masukkan simkad TuneTalk ke dalam handphone tuan dan buat satu SMS ke mana-mana. Lepas tu keluarkan semula simkad TuneTalk tu, dan masukkan balik simkad lama tuan. Jadi mana ada masalah orang nak hubungi tuan. Masa proses pertukaran ini kedua-dua simkad masih boleh pakai, jadi pakailah line lama dulu, kan tiada masalah. Selepas 2 hari (paling lama) kalau line tu masih tak tukar, maknanya permohonan anda ditolak, jadi kalau nak tahu sebabnya minta bantuan DEC untuk checkkan. Waktu ini kedua simkad masih boleh digunakan, cuma simkad TuneTalk itu tetap dengan nombor TuneTalknya, simkad lama anda tetap boleh pakai. Jadi pakailah dua-dua.

 

SOALAN : Saya nak kekalkan no lama 012-699 XXXX, dah masuk seminggu tak kekal-kekal pun, saya tanya DEC mereka suruh saya pergi dekat Maxis dan check ini line register atas nama sapa, pasal apa dia orang tak boleh checkkan?

Tuan, DEC tu agen biasa macam tuan jugak, mereka tu bantu buat pendaftaran sahaja dengan saya. Pertama sekali belajar cakap terima kasih tuan, bila orang dah tolong tuan, jangan adab pun kita terlepas pandang.

 

Apabila mereka tolong applykan no lama tuan, mereka tu hanya orang tengah sahaja, tolong hantarkan permohonan tuan ke Maxis, dan malangnya Maxis sudah tolak permohonan itu. Saya sudah check no tuan ni, Maxis kata no tu bukan register atas nama tuan, jadi atas nama siapa? Maxis takkan beritahu kecuali owner nombor tersebut tanya. No tu mungkin tuan yang guna, tapi dulu mungkin register atas nama orang lain, mungkin isteri tuan, mungkin adik beradik tuan. Beginilah, katakanlah isteri tuan simpan duit Amanah Saham Bumiputera (ASB), cuba tuan pegi bank, bawa IC tuan tetapi nak keluarkan duit ASB dari akaun isteri tuan, agak2 dapat tak? Walaupun tuan mengamuk kat kaunter tu, kata itu duit isteri saya, saya dah 30 tahun kahwin dengan dia, kami sehidup semati, susah senang sama2, mesti saya boleh ambil duit dia. Jawapannya TIDAK BOLEH, anda boleh blah..itu kata mereka, yang boleh ambil duit itu adalah isteri tuan, itu pon kalau dia bawa IC dan buku akaun ASB tersebut.

 

Kalau orang senang2 nak ambil no lama yang bukan didaftarkan dengan IC sendiri, porak puranda satu Malaysia la tuan, no tuan orang lain ambil, no saya orang lain ambil, no Dato' Seri Najib orang lain ambil, bengong jadinya.

 

Kesimpulan tuan kena pergi sendiri tanya dengan Maxis, no tu sebenarnya register atas nama siapa, itu pun kalau Maxis nak layan tuan, kalau sah register bukan no IC tuan, mereka boleh kata "Awak siapa nak tahu maklumat tentang orang lain"?

 

SOALAN : Dah lama saya tak guna TuneTalk, how to reactivate my account. Saya masih ada 8 simcard yang belum diaktifkan, can i still  use it..?Thank you.

Yes, you can use those 8 simcards, because it has no expiry date. Just simply use CARA SMS to register and active it.

 

SOALAN : Dulu saya dah join toneexcel ini, dah lama tak topup, simkad pun dah expired, tapi saya dulu ada sponsor ramai orang, boleh ker saya aktifkan simkad semula dan dapatkan ID lama saya?

Jawap, TIDAK BOLEH, jika anda ingin sertai semula program ini, beli simkad baru yang berharga RM80 dan sertai semula dengan ID yang baru. Mulakan hidup baru di ToneExcel.

 

SOALAN : Saya cuba masuk ke member area www.toneexcel.com tapi tersalah password, saya lupa password, hingga account saya kena block, apa perlu dilakukan?

Cara paling mudah call sahaja HQ beritahu masalah anda, beritahu IC dan member ID, HQ akan tolong resetkan semula akaun anda.

 

SOALAN : Saya ingin menyertai praogram ini, tetapi saya tiada bank account sendiri, bolehkah saya menggunakan bank akaun orang lain?

Boleh, anda boleh menggunakan bank akaun orang lain, tetapi anda perlu mengisi borang 3rd party kemudian fax kan bersama salinan IC anda dan IC pemegang akaun tersebut, fax ke 03-90540278 atau scankan dan hantar ke info@toneexcel.com

 

SOALAN : Topup TuneTalk ini berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan?

RM5     -  5 hari

RM10   -  11 hari

RM30   -  50 hari

RM50   -  75 hari

bottom of page